Posted on

Pra-Eklampsia Bagaikan Bom Jangka Yang Berdetik!

Masa kehamilan pertama, saya disahkan menghidapkan diabetis ketika hamil. Pada masa itu, saya betul-betul menjaga pemakanan dan cara pemakanan saya untuk mengelakkan masalah dan komplikasi yang lebih teruk. Masa kehamilan kedua, dugaan Allah bagi bila di penghujung kehamilan (pada minggu ke38), terdapat protein dalam air kencing saya. Tekanan darah saya masih stabil dan normal pada masa sebelum melahirkan. Dan selepas melahirkan anak, tekanan darah saya naik mendadak. Sehinggakan saya perlu mengambil ubat. Saya tidak tahu apa-apa mengenai pre-eklampsia. Sehinggalah sepupu yang juga seorang doktor mengesahkannya. Subhanallah, pada masa itu macam-macam ada dalam fikiran saya. Dengan debaran nak melahirkan, keadaan kesihatan saya pada masa itu. Saya rasa berat sangat.

Pra-eklampsia adalah komplikasi kehamilan yang agak merbahaya tetapi paling biasa untuk ibu dan juga bayi. Anda tidak dapat menjangka bagaimana pra-eklampsia hadir kerana ia berlaku secara tiba-tiba pada sesiapa sahaja. Cara untuk mengubati pra-eklampsia ini adalah dengan melahirkan anak demi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan komplikasi yang lebih teruk.

Bahaya-Pre-eklampsia-pada-Ibu-Hamil-dan-Janin.jpg

Apa itu Pra-eklampsia?

Pra-eklampsia terjadi apabila terdapat protein dalam urin/air kencing (proteinuria) dan juga tekanan darah tinggi. Ia berlaku hanya selepas 20 minggu gestasi. Disebabkan ini, tekanan darah harus diambil dan ujian protein perlu dibuat semasa pemeriksaan antenatal. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pesakit mempunyai tekanan darah tinggi tetapi tiada protein di air kencing atau sebaliknya. Ia hanya dipanggil atau disahkan pre-eklampsia apabila seseorang itu mempunyai kedua-duanya.

Pra-eklampsia merupakan keadaan sebelum terjadinya eklampsia. Eklampsia ialah suatu keadaan di mana ibu hamil yang mempunyai tekanan darah tinggi dan proteinuria mula mendapat sawan. Keadaan sawan ini terjadi apabila otaknya berdarah. Jika pendarahan itu besar, maka ia boleh menyebabkan kematian kepada pesakit tersebut. Paling teruk, jika sawan itu lama, bayi tersebut tidak mendapat oksigen yang cukup dan boleh meninggal di dalam perut ibu.

Keadaan ini jelas menunjukkan pra-eklampsia seperti bom jangka yang berdetik. Jika tidak dikesan segera dan dirawati, ibu dan bayi boleh meninggal dunia.

Siapakah yang Berisiko untuk Mendapat Pra-eklampsia?

  1. Wanita yang pertama kali hamil atau jarak yang besar kehamilan pertama dengan kehamilan sekarang
  2. Berumur 40 tahun atau lebih
  3. Tekanan darah tinggi
  4. Diabetes semasa kehamilan
  5. Penyakit ginjal
  6. Sejarah pra-eklampsia atau eklampsia
  7. Penyakit autoimmune seperti lupus
  8. Obesiti dengan BMI 35 atau lebih
  9. Kehamilan kembar
  10. Mempunyai protein dalam darah atau urin – ini menyebabkan risiko lebih besar kerana pembuluh darah akan terganggu oleh protein ini
  11. Kurang vitamin D dalam badan – Vitamin D berfungsi pencegahan di awal kehamilan
  12. Menerima rawatan perubatan yang kronik seperti tekanan darah tinggi, diabetes atau masalah ginjal – penyakit ini boleh menjejaskan sistem darah

berat badan-hamil.jpg

Apakah simptom Pra-eklampsia?

Pra-eklampsia mungkin tiada simptom, tetapi dalam kebanyakan kes, pesakit boleh mendapat sakit kepala, kepeningan atau kesakitan epigastrik. Jadi, jika ibu hamil mempunyai simptom-simptom tersebut, mereka haruslah membuat pemeriksaan tekanan darah dan protein air kencing. Eklampsia dalam bahasa mudahnya, sawan.

Pra-eklampsia tiada rawatannya. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk selama bayi masih berada di dalam perut ibu. Jadi, mereka harus bersalin dengan lebih awal tidak mengira gestasi. Jika bayi itu terlampau pramatang, bayi tersebut mungkin tidak akan hidup tetapi jika dibiarkan bayi terus dalam perut ibunya, ia boleh menyebabkan keadaan lebih teruk. Terdapat beberapa ubat yang boleh melambatkan eklampsia tetapi ubat tersebut hanya berfungsi untuk melambatkan. Pra-eklampsia hanya akan hilang apabila bayi keluar dari rahim ibunya.

Kesan daripada gejala pra-eklampsia atau eklampsia ini boleh menyebabkan berlakunya kerosakan buah pinggang serta mendatangkan bahaya terhadap janin di dalam kandungan. Gejala ini juga boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan.

Antara simptom-simptom pra-eklampsia ini ialah:

  • Bengkak (edema di bahagian kaki)
  • Sakit kepala
  • Penglihatan kabur dan terjejas
  • Mengalami kesakitan di bahagian perut
  • Loya dan muntah

Pra-eklampsia mengurangkan aliran darah ke plasenta, ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan dan boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Tumbesaran bayi bagi ibu yang pra-eklampsia adalah kecil berbanding usia atau mengalami uri terpisah dari rahim.

Jika pra-eklampsia melarat kepada eklampsia, tekanan darah ibu akan menjadi sangat tinggi dan ibu beserta bayi dalam kandungan akan menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa.

Biasanya, eklampsia terjadi pada peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan.

Jangan sesekali tinggalkan pemeriksaan antenatal anda. Kerana, pra-eklampsia hadir dengan tiba-tiba dan selalunya boleh dikesan sewaktu pemeriksaan rutin antenatal.

Cara untuk Mengelakkan Pra-eklampsia

  1. Pengambilan kalsium yang mencukupi. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan kalsium yang cukup boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi terjadi semasa kehamilan

2. Pengambilan multivitamin boleh membantu menampung lompong nutrisi dalam badan. Terdapat kajian mendapati multivitamin boleh mengurangkan risiko pra-eklampsia sebanyak 50%. VitaLea Iron Formula merupakan formula multivitamin yang paling lengkap dan ia turut dilengkapi dengan zat besi yang terbaik untuk keperluan ibu hamil.

3. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia.

4. Sentiasa membuat pemeriksaan gigi bagi mengelakkan masalah sakit gigi semasa hamil. Bakteria perosak gusi boleh menjadi faktor pendorong berlakunya pra-eklampsia. Pemeriksaan gusi berkala boleh membantu mengelakkan serangan bakteria yang boleh merosakkan gigi ibu hamil atau menyebabkan jangkitan.

5. Sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah dan pemeriksaan urin sepanjang kehamilan untuk memeriksa kandungan protein dalam urin. Jika terdapat simptom yang berkaitan, rawatan dan pemantauan awal boleh dilakukan.

Pengalaman saya yang ceritakan di awal tadi, membuatkan saya lebih berhati-hati untuk kehamilan yang ketiga ini. Saya amalkan Set Hamil Shaklee. Ostematrix membuatkan kaki saya tidak kejang lagi di malam hari. Selain itu, pengambilan vitamin C dan multivitamin dapat memberikan saya tenaga sepanjang hari. B-Complex sangat penting bagi saya yang masih di awal kehamilan ini.

OsteMatrix 

ostematrix

Pengambilan OsteMatrix 4 biji sehari membekalkan 1000mg kalsium yang diperlukan oleh ibu hamil. Sebiji OsteMatrix adalah bersamaan segelas susu tinggi kalsium. OsteMatrix sangat bagus untuk gigi dan tulang, ia juga bagus untuk ringankan stress, mengimbangi tekanan darah, memeligara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, perubahan emosi dan sakit kepala.

Omega Guard

omega guard

Khasiat penting Omega Guard Shaklee termasuklah:

  • Membantu mengelakkan strok dan darah tinggi
  • Membantu menurunkan tekanan darah
  • Membantu supaya peredaran darah lancar dan salur darah juga lancar
  • Membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap normal
  • Mengatasi ketegangan leher atau sakit kepala
  • Membantu mengawal tahap kolestrol
  • Berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung

Bagaimana untuk mendapatkannya? Boleh hubungi saya untuk pembelian terus dan konsultansi yang terbaik untuk anda. Jom cepat-cepat hubungi saya! Jangan bertangguh lagi! Demi kesihatan anda yang lebih sihat dengan supplement yang semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *