Posted on

Mengapa Ibu Mengandung Perlukan Asid Folik Yang Mencukupi?

Ibu-ibu yang mengandung pada awal kehamilan jangan ambil ringan akan kepentingan asid folik ini. Asid folik merupakan vitamin wajib bagi ibu mengandung. Asid folik ialah vitamin yang terkandung dalam vitamin B. Ia dikenali sebagai folat iaitu vitamin B9. Asid folik sangat penting penting dalam membantu penghasilan sel darah merah dan juga membantu dalam pembentukan tiub saraf bayi (baby neural tube). Ini penting untuk perkembangan otak dan saraf tunjang bayi yang baik.

ThinkstockPhotos-497313706-Healthy-Pregnancy.jpg

Mengapa Ibu Mengandung Sangat Perlukan Asid Folik?

Kecacatan kelahiran biasanya berlaku dalam tempoh masa 3 hingga 4 minggu di awal kehamilan. Ini kerana, asid folik diperlukan untuk melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan pada sistem sarafnya (iaitu kecacatan tiub Neural) seperti spina bifida.

Otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat pada 12 minggu pertama kehamilan. Ini sangat penting untuk ibu mengandung mengambil asid folik secara konsisten setiap hari semasa dalam tempoh ini. Tidak menjadi masalah jika ibu mengandung terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan kerana ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda. Malah ia sangat bagus untuk anda dan bayi.

Ramai wanita tidak mengetahui pengambilan asid folik juga sangat penting sewaktu anda merancang untuk mengandung.

Berapakah Jumlah Asid Folik Yang Saya Perlukan?

Ibu mengandung perlukan 400 mikrogram (mcg) asid folik sekiranya anda merancang untuk mengandung. Dan, pengambilan asid folik perlu diteruskan untuk trimester pertama (12 minggu pertama). Selain asid folik, adalah bagus untuk anda mengambil makanan yang kaya dengan folat.

Folic-Acid.jpg

Bahaya Jika Asid Folik Yang Diambil Tidak Mencukupi? Apa Kesannya?

 Kurang pengambilan asid folik yang cukup semasa mengandung boleh menyebabkan tiub neural bayi anda tidak berkembang dengan baik dan juga mengalami masalah yang dipanggil kecacatan tiub neural. Spina bifida ini boleh terjadi apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Hal ini serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.

Selain spina bifidus, masalah lain iaitu anencephaly iaitu kecacatan pada bahagian otak.

Pengambilan 400mcg asid folik setiap hari dapat mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat masalah kecacatan sebanyak 70 %.

Selain itu, pengambilan asid folik ini dapat melindungi daripada mengalami masalah kelahiran pramatag, kecacatan bibir atau lelangit (sumbing), kelahiran dengan berat badan yang rendah, tumbesaran bayi dalam rahim yang perlahan dan mampu mencegah ibu daripada keguguran.

Doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi sekiranya:

  • Anda pernah mempunyai anak yang mengalami kecacatan tiub neural pada kehamilan yang terdahulu.
  • Suami atau wanita itu yang mengalami masalah NTD
  • Wanita itu mengambil ubat sawan (epilepsy)
  • Wanita itu mempunyai penyakit ceolic disease, diabetes, sickle cell anemia atau thalessaemia

Gejala yang boleh lihat pada ibu mengandung yang kurang asid folik adalah:

  1. Tubuh merasa lemah dan wajah yang pucat akibat kurang darah. Penyakit anemia ini disebabkan oleh kurang asid folik.
  2. Menyebabkan penyakit seperti anemia, kanser, alzheimer, dan cacat lahir bagi bayi.
  3. Selalu lupa, ini merupakan gejala penyakit alzheimer.

 Apakah sumber makanan yang terbaik?

Ia boleh didapati secara semulajadi dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah (buah kiwi, buah pisang, buahbetik, buah strawberi, buah anggur, buah rasberi), sayuran-sayuran (brokoli, asparagus, kubis, labu, seleri, jagung), yis dan juga ekstrak daging lembu. Terdapat juga makanan yang diperkuat dengan asid folik seperti roti dan bijirin sarapan.

Selain itu, sumber yang mudah didapati termasuk telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang yang tidak dibuang kulit.

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik dan sangat diperlukan untuk anda dan bayi di sepanjang kehamilan. Namun begitu, kadar asid folik yang terdapat dalam makanan adalah sangat rendah jika makanan tersebut dimasak dengan suhu yang berlebihan. Untuk memastikan asid folik tidak musnah sepenuhnya dalam masakan, anda perlu memasak dalam kuali atau periuk tertutup dengan sedikit air sahaja. Dan anda juga boleh mencuba makan sayur yang dicelur dengan tempoh yang singkat atau mentah atau yang dimasak guna ketuhar gelombang mikro.

Jadi saya ingin kongsikan supplement asid folik yang terhangat di pasaran sekarang. Asid folik dalam supplement ini lengkap dengan vitamin B untuk para ibu yang sedang mengandung atau wanita yang sedang merancang untuk mengandung.

B-Complex Shaklee

b-complex1.png

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen vitamin B termasuk B1, B2, B3, B6, biotin dan asid folik di mana ia adalah 100% biotin dan asid folik. B-Complex membekalkan 200mcg asid folik dalam setiap tablet.

Kelebihan B-Complex Shaklee adalah seperti beriut:

  • Membantu menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
  • Mengurangkan masalah keletihan yang sering dialami oleh ibu hamil
  • Membekalkan 200mcg asid folik dalam setiap tablet
  • Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi
  • Mengurangkan risiko kecacatan bahagian otak (anencephaly) atau tulang belakang (spina bifidus) semasa proses perkembangan bayi
  • Membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi yang kuat
  • Mampu merawat dan mencegah anemia, sakit kepala, keletihan dan muntah-muntah

Selain membekalkan asid folik, B-Complex Shaklee juga membekalkan vitamin B yang lengkap yang mampu membantu mengatasi masalah-masalah yang sering dialami oleh ibu mengandung seperti melegakan keletihan, muntah-muntah dan pening.

Bagaimana untuk mendapatkannya? Boleh hubungi saya untuk pembelian terus dan konsultansi yang terbaik untuk anda. Jom cepat-cepat hubungi saya! Jangan bertangguh lagi! Demi kesihatan anda yang lebih sihat dengan supplement yang semulajadi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *