Posted on

Tips Mengurangkan Morning Sickness Di Awal Kehamilan

Bagaimana Vitamin B-Complex Dan Kalsium Boleh Membantu? 

Bila disahkan hamil, tiada kata yang dapat diungkapkan betapa gembiranya suami dan isteri. Masa mula-mula disahkan hamil pada tahun 2013, masa tu baru 2 bulan kahwin, memang gembira yang amat. Tak terkata kami. Masing-masing senyum penuh makna. Mana tidaknya, penat mendengarkan kata-kata orang sekeliling bertanyakan “Dah ada isi ke?”. Padahal baru 2 bulan kahwin. Sabor jelah.

Maka bermulalah episod kritikal awal kehamilan, iaitu morning sickness. Morning sickness tu kadang bukan takat pagi ja, kadang-kadang melarat ke malam. Tak boleh nak masak sebab tak tahan bau minyak dan tumis-tumis. Memang makan kedai ajelah jawabnya. Muntah yang teruk tu tak ada lah tapi sekali muntah memang tak larat nak buat kerja apa. Memanjang je rasa nak tido. Penat dan letih yang amat campur dengan pening dan loya. Alhamdulillah, loya tu boleh tahan sebab kalau sekali muntah memang teruk.. So, memang kalau boleh loya tu tak nak sampai muntah. Perit.

Morning sickness ini disebabkan oleh perubahan hormon kita di awal kehamilan. Hormon tersebut dirembeskan dalam kuantiti yang banyak di awal kehamilan terutamanya hormon hCG. Mungkin juga kerana kekurangan Vitamin B6 dalam diet kita.

 

Morning Sickness

 

Berapa lama tempoh morning sickness?

Morning sickness atau mabuk/loya/muntah di awal kehamilan ini memang tak ada ubatnya. Sumber dari Kementerian Kesihatan menyatakan, lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami morning sickness kira-kira pada minggu ke-12 kehamilan, manakala selebihnya beransur pulih kira-kira pada minggu ke-16. Namun begitu, ada juga ibu hamil yang mengalami alahan mabuk ini hingga ke peringkat akhir kehamilan.

Tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan morning sickness:

  1. Ibu hamil boleh berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan penuh ke atas diri anda. Doktor mungkin boleh bekalkan anda ubat tahan muntah.
  2. Minum air secukupnya (10 gelas sehari) untuk menggantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit. Ada tips mengatakan, minum segelas air berais atau secawan the panas dapat membantu mengatasinya.
  3. Elakkan perut kosong dengan menyediakan snek seperti biskut atau kekacang. Perut yang kenyang dapat mengurangkan alahan morning sickness. Sediakan snek ini di tepi katil atau boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Bila anda lapar, boleh terus makan bagi mengelakkan perut kosong.
  4. Minum teh halia. Halia mampu membuang angin dalam badan seterusnya mengurangkan morning sickness. The halia bagus untuk meneutralkan asid yang ada dalam perut.
  5. Amalkan madu ketika perut masih kosong. Sekali sehari iaitu pada waktu pagi sesudah bangun (atau optional malam sesudu sebelum tidur). Amalan makanan sunnah mampu menghilangkan alahan morning sickness.
  6. Selain itu, amalkan memakan kurma dalam 7 biji sehari. Namun, awas bagi ibu hamil yang menghidapi kencing manis semasa hamil (GDM), anda hanya dibenarkan makan 3 biji sehari, mengikut pakar pemakanan.
  7. Makan asam boleh kurangkan rasa loya.. In shaa Allah hilang rasa pening dan loya.
  8. Elakkan dari mencium bau-bauan yang tidak menyenangkan. Jauhinya. Sekiranya anda terpaksa melaluinya, boleh hidu bau limau. Mak saya suka sediakan daun limau purut dalam beg dia. Daun atau buah limau mampu menghilangkan pening dan rasa nak pitam. Aroma segar ini membuatkan anda rasa tenang dan rasa mual akan beransur hilang.
  9. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, labu, tembikai, bijan dan tauhu. Zat besi amat penting untuk ibu hamil di awal trimester. Zat besi membantu mengurangkan rasa loya dan muntah-muntah.
  10. Makan vitamin sebagai supplement tambahan. Pengambilan Vitamin B-Complex dan Kalsium boleh membantu mengurangkan alahan anda.
  11. Penting untuk pengambilan vitamin prenatal selepas makan atau sebelum tidur.
  12. Tidur untuk mengurangkan pening dan loya.

 

Set Kehamilan Premium Shaklee terdiri daripada :

  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Vita-C
  • OsteMatrix
  • ESP
  • OmegaGuard (Boleh diambil selepas trimester 1)

Daripada set premium ini, B-Complex dan OsteMatrix boleh membantu anda mengurangkan morning sickness.

 

b-complex

Bagaimana B-Complex boleh membantu anda mengurangkan morning sickness?

B-Complex Shaklee mengandungi vitamin B6 yang merupakan salah satu daripada lapan vitamin B. Kelapan-lapan vitamin B ini memainkan peranan penting dalam membantu tubuh kita untuk proses menukar makanan, terutamanya leamk dan protein kepada tenaga. Ia juga perlu untuk kulit yang sihat, rambut dan mata. Malahan, vitamin B ini penting untuk membantu fungsi hati dan sistem saraf. Vitamin B6 yang terdapat dalam B-Complex diperlukan oleh tubuh kita untuk menghasilkan hemoglobin, molekul dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke sel-sel badan.

Tahukah anda, vitamin B6 ini telah digunakan seawal tahun 1940-an untuk mengelakkan morning sickness. Ramai wanita mendapati pengambilan vitamin B6 tambahan di awal-awal kehamilan amat membantu mengurangkan loya, muntah-muntah serta alahan teruk.

ostematrix

 

Bagaimana OsteMatrix boleh membantu mengurangkan morning sickness anda?

OsteMatrix mengandungi Kalsium, Magnesium dan Vitamin D.

Kalsium bukan sahaja penting untuk membina tulang dan gigi, malah ia juga membantu ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar dari membran, dan juga membantu pembekuan darah. Kalsium sangat diperlukan untuk menguatkan fungsi saraf dan otot serta buah pinggang. Kalsium juga boleh membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisme kalsium. Magnesium membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab yang dipercayai boleh mengakibatkan migrain atau pening/sakit kepala. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium dan hasil dapatan kajian menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya.

Vitamin D sangat penting untuk penyerapan kalsium. Bahaya kalau kalsium yang tiada Vitamin D kerana ia boleh menyebabkan kalsium tidak boleh diserap oleh badan dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkaitan supplement yang sesuai dengan keperluan tubuh anda dan juga bajet anda semestinya.

 

Katakan tidak kepada supplement sintetik, pewarna tambahan dan perisa tambahan! Pilihan saya adalah yang NATURAL.

Dapatkan vitamin yang sihat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan bayi.