Posted on

Kenalpasti Jenis Eczema Dan Cara Atasinya

Eczema. Kecil atau besar, tidak kira usia menghidapinya. Perkataan eczema berasal daripada perkataan Greek iaitu ekzein yang bermaksud ‘mendidih’ dan perkataan Ek bermaksud ‘keluar’. Manakala, eczema dalam bahasa Yunani pula membawa maksud ‘mendidih’ (zema). Eczema juga dikenali sebagai atopik dermatitis (eczema atopic) yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Eczema merupakan keadaan kulit menjadi merah, kering, gatal dan merekah.

Berdasarkan kajian, eczema biasanya terjadi disebabkan pertalian genetik di mana sekiranya ibu atau bapa yang menghidap eczema maka ia akan memberi kesan kepada anak-anak. Kebanyakan eczema yang dihidapi oleh kanak-kanak yang kurang dari 2 tahun kerana kebanyakannya diwarisi daripada ibubapa. Lazimya, bagi orang dewasa eczema ini akan menyerang di bahagian leher, muka, siku, buku lali dan lutut.

Eczema Skin Causes, Symptoms, Types, Diagnosis, Treatments (5).jpg

Eczema terbahagi kepada dua jenis iaitu:

  1. Acute Eczema
    • Erythema: kulit berasa panas, bergelojak dan gatal, keradangan
    • Papules: pembentukan tompok-tompok
  2. Eczema Kronik
    • Kulit menjadi kering, berair dan bersisik
    • Kulit menebal kasar dan berkedut

Penyakit eczema akan menyerang seorang dari lima orang sehingga mengakibatkan kulit berdarah, bernanah dan berair.

eczema-atopic-dermatitis-s5-illustration-of-common-sites-of-eczema-outbreaks.jpg

Punca/Faktor Penyakit Eczema

Punca sebenar eczema tidak dapat dipastikan dengan tepat. Faktor-faktor yang menjadi punca kepada eczema ini termasuklah:

  • Terdapat sejarah penyakit ini di dalam keluarga
  • penggunaan sabun dan detergen
  • keadaan cuaca yang panas
  • alergik kepada alam persekitaran (asap rokok, bahan kimia, haiwan berbulu, habuk)
  • alergik bila memekai barang kemas
  • berada dalam stress dan resah (perubahan emosi)
  • kuat berpeluh
  • barang kosmetik yang tidak sesuai
  • alergik kepada fabrik pakaian yang tertentu
  • air berklorin tinggi

Simptom Penyakit Eczema

Antara simptom utama penyakit ini adalah:

  • Kulit akan pecah dan merekah
  • Kawasan kulit tertentu mungkin akan koyak
  • Kulit terasa sangat kering
  • Rasa gatal selalunya akan lebih teruk pada waktu malam
  • Menggaru akan menyebabkan kulit terasa seperti menebal
  • Kulit menjadi radang, kemerahan, melepuh dan terkandung cecair
  • Kulit kelihatan seperti ada tompok lebam kecil, bertompok merah atau coklat kelabu

Penyakit ini menyerang tidak mengira masa, ada yang menghidap eczema sejak bayi dan ada juga yang mendapat eczema ketika dewasa.

Rawatan Penyakit Eczema

Eczema terjadi apabila kulit gagal berfungsi dengan baik untuk menghalang kemasukan ‘allergens’ atau alahan dimana ia menyebabkan kulit menjadi kering. Hal ini boleh mengakibatkan kulit menjadi sangat gatal dan pesakit akan menggaru. Tabiat menggaru ini boleh menyebabkan kulit semakin kering, lapisan kulit akan terkoyak dan ruam akan mula muncul. Antara langkah yang boleh diambil adalah:

  1. Pakaian
    • Pakai pakaian yang longgar dan fabrik yang selesa seperti kapas
    • Elakkan memakai pakaian yang ketat serta tidak menyerap peluh
  2. Pemakanan
    • Makan makanan berkhasiat yang mampu mengekalkan daya tahan badan
    • Elakkan makanan yang pernah mendatangkan kesan-kesan alergik seperti sebelum ini seperti makanan laut, kekacang dan sebagainya.
  3. Persekitaran
    • Mewujudkan pengudaraan yang baik di tempat tinggal
    • Pastikan tahap kelembapan adalah sederhana
    • Sentiasa menukar cadar dan selimut yang bersih
    • Menggunakan sarung tangan jika perlu
  4. Sikap
    • Elakkan terdedah dengan matahari yang kerap
    • Elakkan mandi dengan air panas
    • Kerap memtong kuku agar kulit tidak cedera teruk akibat digaru
    • Mematuhi arahan doktor

Rawatan Eczema dengan Set Eczema Shaklee

set eczema

Bayi Berusia Bawah 1 Tahun

  • Ibu-ibu yang menyusukan anak eczema, anda digalakkan untuk mengambil Omega Guard dan Energizing Soy Protein (ESP). Khasiat dan kebaikannya akan disalurkan melalui susu ibu kepada anak.
  • Sapu krim Herbal Bland Shaklee pada kulit bayi untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu pada bahagian luka-luka pada kulit. Gunting sedikit di hujung kapsul Vitamin E dan sapu pada bahagian luka tersebut.

Kanak-kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas

  • Omega Guard boleh diambil oleh kanak-kanak bagi mengawal dan merawat eczema, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Selain itu, Mealshakes (yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin) juga boleh diambil bagi meningkatkan kesihatan tisu kulit dan menghilangkan parut.
  • Kombinasi Herbal Bland dan vitamin E boleh digunakan untuk emrawat luka akibat eczema.

Remaja dan Dewasa

  • ESP sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat eczema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal, sihat dan gebu.
  • Manakala, Omega Guard pula berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ini kerana penghidap eczema mempunyai kulit yang sensitif
  • Gabungan Omega Guard dan ESP memastikan eczema tidak terus merebak dan memelihara kulit dari dalam
  • Vitamin E dan GLA Complex sangat bagus dan berjkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan eczema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit
  • Krim Herbal Bland adalah krim semulajadi yang bagus untuk melegakan kegatan dan pedih akibat luka eczema.
  • Pengambilan Alfalfa Complex juga bertindak sebagai penyahtoksin adalah digalakkan bagi mempertingkatkan lagi kekuatan sistem dalam badan.

Testimoni 1

eczema-supermomstory.jpg

Testimoni 2

eczema-supermom story.jpg

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkaitan supplement yang sesuai dengan keperluan tubuh anda dan juga bajet anda semestinya.

Katakan tidak kepada supplement sintetik, pewarna tambahan dan perisa tambahan! Pilihan saya adalah yang NATURAL.

Dapatkan vitamin yang sihat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan bayi.