Posted on

Tangani Ulser Dalam Mulut Dengan Cara Semulajadi

Rasa terseksa bila ada ulser dalam mulut anda? Ulser menyerang sehinggakan tidak dapat makan dan minum dengan baik bahkan tidak dapat bercakap? Sampai kena MC? Diriku amat memahami bila tiap-tiap bulan ulser akan datang menyerang. Sakit dan terseksa. Sabor jelah.

Sesiapa pun boleh terkena atau dijangkiti ulser ini tidak kira jantina dan umur, sama ada di bahagian lidah, bibir, dinding dalam mulut, lelangit atau sekitar tekak. Dan sakit biasanya akan berkurangan selepas 3-4 hari tetapi mengambil masa 7-14 hari untuk betul-betul sembuh sepenuhnya. Ulser tidak meninggalkan kesan atau parut.

ulser

Ulser mulut ini amat memedihkan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada orang yang mengalami ulser mulut ini. Lebih teruk, ulser boleh datang dengan demam (suhu badan naik) dan kelesuan. Selain itu, boleh hilang selera makan dan minum, disebabkan kesakitan berpunca dari ulser tersebut. Dan, dehidrasi juga boleh berlaku seterusnya boleh menyebabkan bibir merekah dan luka macam kena hiris gitu.

Punca/Faktor Berlakunya Ulser Mulut

Antara punca ulser mulut berlaku adalah seperti berikut, walaupun punca penyebab ulser mulut masih samar-samar dan masih tidak dapat dikenalpasti dengan terperinci:

  • Tekanan
  • Kecederaan akibat benda tajam
  • Kekurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12
  • Alahan
  • Jangkitan kulat, virus dan bakteria
  • Kesan radioterapi dan kimoterapi
  • Makan makanan sitrus atau buah-buahan berasid
  • Berus gigi yang tidak sesuai

Cara Semulajadi Untuk Merawat Ulser

  1. Air garam – Berkumur dengan air garam untuk mematikan kuman dan juga mengurangkan kesakitan
  2. Air kelapa – Minum air kelapa untuk mengelakkan suhu badan naik
  3. Marjerin – Ambil marjerin dan letakkan pada bahagian yang terkena ulser dan sekitarnya untuk menyembuhkan ulser. Bagus dan sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak menyakitkan.
  4. Madu – Madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan kadar segera disebabkan madu mempunyai agen pembunuh bakteria. Ia sesuai untuk merawat ulser
  5. Soda penaik – Campurkan sedikit dgn air suam dan letakkan pada bahagian yang terkena ulser

Selain itu, kebersihan mulut adalah sangat penting. Perlu dijaga dengan sebaiknya. Anda perlu gosok gigi dua kali sehari sekurang-kurangnya; waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Jika rasa malas nak gosok gigi, pastikan anda berkumur sebersih-bersihnya, anda juga boleh menggunakan cecair pembersih gigi seperti Listerine dan Colgate. Flos gigi juga boleh digunakan. Mulut yang bersih boleh menyebabkan bakteria dan mengakibatkan ia teruk dan lambat sembuh. Gunakan ubat gigi yang bebas SLS (Sodium Laureth/Lauryl Sulfate) adalah yang disarankan.

Dan, pastikan pelbagaikan makanan dalam diet anda setiap hari terutamanya yang kaya dengan vitamin B6 (seperti ayam, ikan, sayur berwarna hijau gelap, betik), vitamin B12 dan zat besi (seperti daging, ikan, ayam, sayur, susu, soya) serta asid folik (seperti buah, sayur, bijirin, kekacang).

Set Ulser Shaklee

Macam mana set Ulser Shaklee boleh membantu anda?

B-Complex  

Dapat membantu mengawal emosi dan bersifat anti-stress (stress juga menjadi faktor terjadinya ulser)

Dapat mencegah ulser mulut

Sustained Release Vitamin C

 Membantu pemulihan membran mukosa mulut

Membantu menguatkan sistem imun

Penting untuk kesihatan gusi

Energizing Soy Protein

Menggantikan sel-sel baru yang disebabkan oleh ulser mulut

Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh

set ulser mulut shaklee.jpeg

#Testimoni Set Ulser Shaklee

Testimoni Set Ulser dalam mulut.jpg

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 43: WAN NORASIAH WAN MOHD NOR[ULSER MULUT CEPAT SEMBUH DENGAN SET ULSER MULUT SHAKLEE]testimoni ulser 1testimoni ulser 2

testimoni ulser 3

testimoni ulser 4

testimoni-ulser-5.jpg

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkaitan supplement yang sesuai dengan keperluan tubuh anda dan juga bajet anda semestinya.

Katakan tidak kepada supplement sintetik, pewarna tambahan dan perisa tambahan! Pilihan saya adalah yang NATURAL.

Dapatkan vitamin yang sihat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan keluarga. Hubungi saya.