Posted on

Insomnia Ketika Hamil Dan Cara Atasinya

Selalunya masuk bilik pukul 9.30, pukul 10 dah lelap. Melainkan anak-anak masih segar-bugar lagi, memang lewat la lenanya. Mulanya, tidak perasan akan perubahan ini. Tapi hari demi hari, makin susah nak lelap mata. Cakap kat husband, dia cakap balik pejam je mata. Cuba pejam tapi masa nak lelap tu memang ambil masa sangat lama. Belek-belek majalah, terjumpa artikel pasal insomnia. Baru sedar diri sebenarnya tengah mengalaminya. Kawan-kawan pernah mengalaminya?

Insomnia ketika hamil ini satu masalah yang tidak bagus, bahkan insomnia sememangnya tidak bagus. Jika anda ada masalah ini, anda sepatutnya mencari alternatif atau ikhtiar untuk merawatnya. Insomnia boleh mendatangkan kesan lain. Jadi, untuk ibu hamil, anda perlu memastikan tidur yang lena untuk kesihatan ibu dan anak.

Insomnia.png

Insomnia Di Awal Kehamilan

Insomnia di trimester pertama ini biasanya terjadi akibat perubahan hormon, iaiatu penghasilan hormon progesteron. Hormon progesteron ini merupakan sedatif semulajadi yang membawa kepada keletihan dan mengantuk di luar waktu tidur bagi ibu hamil tersebut. Disebabkan ini, ibu hamil memang tidak berasa mengantuk walaupun pada ketika itu dia sepatutnya tidur. Ini juga boleh menjadi sebab kenapa ibu hamil cepat keletihan.

Selain itu, terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan ibu hamil tidak boleh tidur malam. Antaranyaa, tekanan, risau mengenai kesihatan diri sendiri dan bayi dalam kandungan, bimbang akan masalah kewangan dan juga risau akan keguguran.

Insomnia Ketika Akhir Kehamilan

Biasanya, insomnia jarang berlaku pada trimester kedua. Pada masa inilah, ibu-ibu hamil menikmati pengalaman hamil yang menyeronokkan apabila alahan/morning sickness sudah tidak menyelubungi mood ibu hamil. Namun begitu, apabila ibu hamil memasuki trimester ketiga, masalah lain pula yang timbul iaitu ketidakselesaan yang ketara akibat perut yang semakin membesar. Bayi anda yang semakin membesar ini akan menekan di bahagian bawah badan anda. Ini akan memaksa ibu hamil mencari posisi yang sesuai bagi tidur yang selesa. Pada trimester ini juga, ibu hamil terpaksa berulang alik ke tandas untuk membuang air.

Insomnia perlu diubati untuk mengelakkan penyakit seperti kemurungan, gejala keriasauan, masalah pernafasan dan masalah kesihatan yang lain. Simptom yang dialami oleh penghidap insomnia seperti berikut:

  1. Kesukaran untuk tidur pada waktu malam
  2. Sering terjaga ketika hendak tidur dan sukar untuk tidur kembali
  3. Bangun terlalu awal di waktu pagi
  4. Tidak mendapat tidur yang berkualiti
  5. Kemurungan
  6. Kesukaran memberi fokus pada sesuatu tugas
  7. Sakit kepala atau rasa sakit pada perut
  8. Rasa bimbang yang berpanjangan berkaitan tidur
  9. Perubahan mood yang ketara
  10. Kekurangan tenaga atau motivasi

insomniawomansleeping.jpg

Cara Untuk Memulihkan Dan Mencegah Insomnia

Langkah pencegahan insomnia untuk ibu hamil:

  • Cuba tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, sama ada hari bekerja atau pun hujung minggu. Buat jadual untuk anda sendiri.
  • Tidur pada kadar yang anda perlukan cukup sekadar untuk merehatkan badan. Jangan berlebihan atau berkurang! Bersederhanalah walaupun masa tidur anda.
  • Jangan amalkan tidur pada waktu siang.
  • Elakkan tembakau atau alkohol. Jauhkan dari asap rokok walaupun anda tidak merokok. Sekiranya suami anda merokok, minta suami anda merokok jauh-jauh atau berhenti terus merokok (Puan-puan boleh dapatkan Vivix untuk suaminya yang tersayang. Vivix sangat sesuai untuk mereka yang ingin berhenti merokok). Alkohol sememangnya haram untuk orang Islam. Maka, jauhkan!
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan anda pedih ulu hati atau mengalami ketidakselesaan sebelum waktu tidur. Kalau saya, saya akan elakkan makanan yang boleh menyebabkan badan saya berangin.
  • Kurangkan pengambilan kafein untuk beberapa jam sebelum anda tidur. Kafein boleh mengganggu waktu tidur anda, kadang-kadang boleh buatkan anda tidak boleh tidur dan anda menjadi berdebar-debar. Ini pengalaman saya sendiri.
  • Lakukan senaman yang teratur ketika hamil. Sekurang-kurangnya, 20 minit pada satu-satu sesi. Elakkan senaman pada hampir waktu tidur anda, seeloknya dalam 4-5 jam sebelum tidur.
  • Katil merupakan tempat untuk tidur dan bukannya tempat untuk membaca dan menonton TV. Yakni, pergi ke bilik tidur atau katil apabila anda rasa mengantuk sahaja.
  • Elakkan daripada asyik melihat jam apabila anda tidak dapat tidur. Ini untuk mengelakkan anda makin stress. Tips yang sebaiknya, anda bangkit dari katil dan sambung buat kerja anda dan kembali ke katil apabila rasa mengantuk datang kembali.
  • Elakkan daripada menghadap skrin bercahaya (seperti handphone atau laptop) sebelum masuk tidur.
  • Pastikan ruang tidur anda selesa, nyaman dan tenteram.
  • Catit segala rasa yang buatkan anda stress atau masalah di dalam diari. Tips ini bagus bagi merungkai rasa rungsing akan masalah anda dari dibawa ke katil.
  • Tips dari suami, cuba pejam mata boleh buatkan anda mengantuk dan seterusnya tertidur. Tips dari abah saya, baca ayat 25 surah Al-Kahfi. Amalkan, in shaa Allah menjadi.

Pregnant-woman-resting.jpg

Peringatan!

** Ibu hamil yang mengalami insomnia ini berisiko untuk menghidapi preeklampsia. Preeklampsia ini terjadi akibat tekanan darah meningkat sepanjang kehamilan. Tekanan darah boleh meningkat akibat kurangnya tidur

** Tabiat tidur yang baik bermula dari anda. Tangani stress anda dengan bijak.

** Insomnia terjadi disebabkan badan kekurangan vitamin dan mineral seperti kalsium dan magnesium dan juga vitamin B6.

Tangani Insomnia Anda Dengan Set Insomnia Shaklee

OsteMatrix dan B-Complex juga terdapat dalam Set Prenatal Shaklee. Jadi, kedua-duanya sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil.

OsteMatrix

Sebiji tablet OsteMatrix mengandungi kalsium (1000mg), magnesium (400mg) dan vitamin D (400 IU). OsteMatrix berperanan dalam membantu merehatkan dan mengendurkan otot-otot dan saraf.

ostematrix

Selain itu, ia juga membantu ibu hamil untuk mendapatkan tidur yang lena dan dapat memberikan kesan ketenangan seterusnya mengurangkan kemurungan. OsteMatrix perlu diambil sebelum tidur untuk kesan yang optimum.

B-Complex

B-Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folic. Vitamin B adalah vitamin yang larut air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya akan disingkirkan melalui sistem pencernaan.

b-complex

B-Complex adalah vitamin wajib untuk ibu hamil pada setiap hari. Fungsi B-complex ini ialah menstabilkan tekanan dan mengurangkan keletihan dan kelesuan. Vitamin B-Complex penting untuk memastikan kesihatan saraf sekaligus membantu mengurangkan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan sukar tidur.

Rujukan:

  1. Majalah Mami Baby (April 2011)
  2. www.mmgazette.com

 

Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkaitan supplement yang sesuai dengan keperluan tubuh anda dan juga bajet anda semestinya.

Katakan tidak kepada supplement sintetik, pewarna tambahan dan perisa tambahan! Pilihan saya adalah yang NATURAL.

Dapatkan vitamin yang sihat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan bayi. Hubungi saya dengan pantas! Fast Action Fast Result.

Disclaimer: Produk Shaklee bukan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah mana-mana penyakit. Produk Shaklee ialah supplement iaitu makanan tambahan untuk kesihatan kita.