Posted on

Anak Selalu Demam? Cuba Tips Mudah ini!

Bila anak demam, kita mula terfikir yang anak kita ini tak kuat ke? Antibodi lemah ke? Itu normal bagi ibu dan ayah yang risau akan kesihatan anaknya. Kita mahukan yang terbaik untuk anak. Sering kita terfikir apa yang perlu dibuat untuk tingkatkan sistem imun anak?

Sebenarnya, demam di kalangan kanak-kanak adalah biasa terjadi (normal kalau 5-6 kali setahun kanak-kanak diserang demam). Ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan kanak-kanak itu masih belum matang dari semasa lahir dan ini akan menjadi semakin baik dan mantap selari dengan tumbesaran kanak-kanak tersebut. (sumber: doktorbudak.com)

Demam biasanya terjadi akibat jangkitan kuman dan juga faktor lain yang boleh menyebabkan radang pada tisu yang boleh menyebabkan demam. Antara kuman yang selalu menyerang kanak-kanak ini adalah Streptococcus pneumonia (kuman bakteria), Respiratory Syncytial Virus (kuman virus) dan banyak lagi. Perlu diingatkan bahawa, punca biasa demam ialah jangkitan virus biasa. Jangkitan biasa yang tidak mempunyai komplikasi dapat membantu membina imuniti kanak-kanak tersebut.

immune system kids.jpg

Demam tidak semestinya berbahaya. Ini kerana demam menjadi tindakbalas fisiologi yang penting dan ia memberi tindakbalas bahawasanya badan tengah menghadapi gangguan. Suhu badan yang naik semasa demam dapat membasmi sebahagian kuman yang terdapat dalam badan.

Walaubagaimanapun, tahap demam tersebut tidak boleh dijadikan penanda kepada seriusnya sesuatu penyakit. Ini kerana demam suhu rendah pada bayi boleh disebabkan jangkitan yang serius dan juga pada kanak-kanak yang lebih besar di mana jangkitan selsema biasa juga boleh menyebabkan demam yang tinggi.

Oleh itu, ibu dan ayah perlu sentiasa berwaspada dan memantau gejala-gejala sepanjang anak demam. Ini penting untuk mengetahui penyebab demam. Biasanya, jangkitan virus biasa akan memyebabkan gejala-gejala seperti selsema, batuk, sakit tekak dan cirit-birit. Sekiranya berlaku gejala-gejala seperti sawan, susah bernafas, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri, ibu dan ayah perlu membawa anak untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital.

Demam di kalangan bayi terutama umur bawah 3 bulan perlu dibawa berjumpa doktor. Tumbuh gigi dan vaksinasi tidak akan menyebabkan demam tinggi dan berlarutan. (sumber: Majalah PaMa)

Faktor-faktor Demam Sentiasa Berulang

1) Usia : Di mana tahap imuniti kanak-kanak masih rendah (Semakin kecil anak itu, semakin rendah tahap imuniti dia)

2) Nutrisi : Kanak-kanak yang kekurangan zat atau berat badan akan lebih mudah dijangkiti

3) Penyakit kronik : Kanak-kanak penghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, buah pinggang, saraf, immunodeficiency, Thalassemia etc, akan lebih terdedah kepada jangkitan kuman.

4) Faktor persekitaran : Faktor seperti kebersihan tempat tinggal dan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air bersih; dan keadaan sesak di pusat jagaan juga memain peranan.

3-Ways-Parents-Can-Strengthen-Immune-System-Health-in-Kids-e1475206782796.jpg

Tips Mudah Tangani Anak Demam

A) Sukat suhu badan anak

Sentiasa sediakan termometer di rumah agar anda senang ‘monitor’ suhu anak anda sekiranya demam. Tidak kira yang mahal atau murah, terpulang pada bajet dan kemampuan anda. Dengan ini, mudah anda kawal suhu anak anda dan mengambil inisiatif untuk turunkan suhu anak anda.

sukat suhu anak.jpg

B) Tuam kepala dan badan anak

Jika suhu anak terlalu tinggi, anda boleh tuam kepala dan badan anak anda seperti di celah ketiak, peha, dan kaki. Tips dari ibu mertua saya, tuam dengan air asam jawa. Anak-anak biasanya suhu akan turun setelah dituam dengan air asam jawa ini. Tuam dengan daun bunga raya juga boleh diamalkan. Lendir daripada daun bunga raya ini boleh menurunkan suhu badan anak anda. In shaa Allah demam anak anda akan kebah.

C) Berikan anak anda makan bubur dan sup

Sila pastikan anak anda tidak kelaparan walaupun tiada selera akibat tekak mereka sakit. Suhu terlalu panas boleh menyebabkan tekak mereka menjadi tonsillitis. Anak-anak saya biasa terjadi tonsil ini. Ibu-ibu boleh masakkan bubur dan sup. Saya biasanya masakkan sup ayam sekiranya anak-anak atau ayahnya yang demam. Saya akan masukkan lada hitam tumbuk atau serbuk ke dalam sup ayam, juga banyakkan halia dan bawang putih. Ini bagus untuk anak anda berpeluh seterusnya melawan demamnya.

Jika tekak anak anda sakit pedih, aiskrim Vanilla adalah jawapannya. Mengikut saranan doktor, aiskrim Vanilla dapat melegakan rasa pedih dan sakit tekak. Tapi, saya dapat tahu tips ini daripada ibu mertua saya. Katanya, doktor juga yang bagitahu.

Manfaat Minum Air Putih 684.jpg

D) Minum banyak air dan susu

Minum banyak air sewaktu demam boleh mengelakkan anak dehidrasi. Badan yang tidak cukup boleh menyebabkan masalah lain yang lebih teruk seperti ketidakseimbangan garam galian (elektrolit) di dalam badan. Sekiranya dehidrasi ini melarat, ini boleh menyebabkan anak mendapat sawan, kerosakan buah pinggan dan otak malahan mungkin boleh sebabkan kematian.

Sekiranya anak masih menyusu badan, banyakkan beri susu badan kepada anak. Susu ibu merupakan sumber perlindungan yang terbaik kerana susu ibu mempunyai komponen sistem imun seperti sel darah putih dan Immunoglobulin A bagi perlindungan anak anda. Sekiranya anak anda minum susu formula, anda boleh berikan susu kepada anak anda.

E) Sentiasa berada dekat dengan anak anda

Beri perhatian yang lebih sewaktu anak kita demam. Berbual-bual dengannya dan tanyakan keperluannya dan perasaan dia. Berikan pelukan dan ciuman kepada anak, serta bisikkan kata-kata sayang terhadapnya. Ucapkan kata-kata semangat kepadanya. Masa inilah mata ibu ayah akan jadi mata panda. Mata panda pun mata panda lah janji anak sihat semula. Berikan sepenuh perhatian kepadanya. Pada masa yang sama, ibu dan ayah hendaklah banyakkan berdoa kepada Allah supaya anak cepat sembuh. Ibu ayah juga boleh banyakkan solat sunat. In shaa Allah dengan izinNYA anak kita akan sembuh.

Tip Rawatan Demam Panas di Rumah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

petua-anak-demam-panas-di-rumah1.jpg

Cara Untuk Meningkatkan Sistem Imuniti Anak Anda

1) Amalkan diet yang sihat

Amalkan pengambilan makanan mengikut gizi seimbang. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi gula, ada perasa tambahan, ada pewarna tambahan, ada pengawet tambahan dan yang seangkatan dengannya. Fokus kepada sayur-sayuran segar, buah-buahan, bijirin, kekacang, telur, dan protein seperti daging.

2) Tidur yang mencukupi

Pastikan anak anda mendapat tidur antara 10 hingga 14 jam setiap hari. Kualiti tidur yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan rembesan melatonin (iaitu hormon tidur) yang sempurna. Anak-anak perlu tidur dalam gelap tanpa sebarang cahaya lampu. Ini kerana frekuensi elektromagnet boleh memberi kesan terhadap kualiti tidur.

3) Kurangkan tekanan

Kanak-kanak perlu mempunyai banyak masa untuk bermain, berkarya dan berehat. Tubuh badan perlu tenang dan berehat bagi mendapatkan sistem imun mereka berkembang. Ibu ayah perlu prihatin terhadap keperluan emosi anak-anak. Apabila hormon tekanan (iaitu hormon kortisol dan adrenalin) meningkat, maka tindak balas sistem imun anda akan menjadi semakin lemah. Ini sangat tidak sihat untuk anak anda. Ambillah langkah awal sebelum terlambat.

Anak Pencinta Alam Berarti Anak Bermain dengan Bebas.jpg

4) Bekalkan microbiota anak anda

Pakar pemakanan kanak-kanak mencadangkan supaya kanak-kanak dibekalkan dengan supplement probiotik yang mengandungi strain lactobacillus dan bifidobakteria antara 5 dan 20 bilion koloni (CFUs) dalam sehari. Ini bergantung kepada peringkat umur. Probiotik ini sangat penting untuk melindungi penghadaman, membantu kita untuk mencerna makanan, membantu dalam pembersihan toksin, dan melindungi kita daripada bakteria dan virus.

Anda boleh dapatkan supplement yang ada di pasaran dengan nasihat doktor atau pakar pemakanan mengenai dos yang perlu diambil. Selain supplement, terdapat minuman yang bekalkan probiotik iaitu Yakult dan juga Vitagen. Namun AWAS! anda perlu periksa kandungan gula minuman probiotik ini.

5) Demam sebenarnya membantu anak anda melawan jangkitan

Demam terjadi akibat tindak balas badan untuk melawan jangkitan. Ingat! Demam tidak semestinya bahaya, ia adalah tindakbalas fisiologi badan terhadap gangguan/jangkitan dalam badan.

6) Supplement untuk meningkatkan imun

Vitamin yang terbaik untuk meningkatkan sistem imun anak adalah vitamin D dan zinc. Untuk alahan, minyak ikan dan vitamin C sangat membantu.

Supplement Shaklee untuk Sistem Imun Anak Anda

Nutriferon

nutriferon.png

Nutriferon ini sebenarnya bermaksud makanan yang menggalakkan interferon dalam tubuh manusia. Dalam satu sachet Nutriferon ini mengandungi biji labu, biji plantago, honeysuckle Jepun, dan bunga Safflower. Nampak ada 4 je kan, tapi kandungan Nutriferon sudah dikaji menggunakan lebih 200 jenis bahan yang berlainan. Akhirnya, 4 bahan ini yang sangat sesuai untuk Nutriferon.

Fungsi biji labu dalam Nutriferon ini untuk merangsang pengeluaran interferon semulajadi dan menentang radikal bebas dan faktor penyebab bebas. Manakala, biji plantago pula mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sel-sel imun. Honeysuckle Jepun pula berfungsi untuk menentang pencerobohan kuman dan virus. Dan, bunga safflower pula untuk menghasilkan dan memperkuatkan keupayaan makrofaj virus dan kuman.

Nutriferon sesuai untuk:

  • meningkatkan antibodi
  • mengukuhkan sistem imun badan dalam masa 3 hari
  • melawan kanser dan tumor
  • melindungi dari influenza
  • mengurangkan stress dan kelesuan
  • mengurangkan jangkitan oleh pesakit Hepatatis B dan C
  • melambatkan penuaan
  • mempertingkatkan PMS

Untuk info, Nutriferon Shaklee ini ciptaan pakar imun dari negara matahari terbit iaitu Jepun, bernama Dr Yasuhiko Kojima. Nutriferon boleh diambil oleh kanak-kanak yang berumur setahun dan ke atas. Pengambilan dos adalah berbeza mengikut umur.

Omega Guard

omega guard

Satu kapsul Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA yang tidak dihasilkan oleh badan dan perlu diambil dari pemakanan. Ia mengandungi minyak ikan yang mampu meningkatkan sistem imuniti kanak-kanak mahupun dewasa. Selain itu, Omega Guard juga membantu mengurangkan jangkitan saluran pernafasan.

Chewable Vita-C Plus

chewable-vitac-nutrition_new.jpg

Setiap tablet Chewable Vita-C Plus ini mengandungi 100mg vitamin C bersamaan vitamin C dalam sebiji oren. Vitamin C mampu meningkatkan komponen sistem imun manusia seperti aktiviti anti-mikrob dan menggalakkan pertumbuhan sel darah putih untuk imun putih.

Demi kesihatan anak anda, jangan bertanguh lagi. Order sekarang. Hubungi saya untuk dapatkan Set Immune Booster anak anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *