Posted on

Keliru Apa Itu Eczema Atau Psoriasis? Kenali Simptom Dan Cara Tanganinya

Eczema biasa kita dengar. Tapi, psoriasis jarang kita dengar. Saya sendiri baru dengar. Selama ini saya ingatkan adik saya menghidapi eczema yang teruk. Tetapi bila diteliti, sebenarnya beliau mempunyai simptom-simptom penyakit psoriasis ini. Kerana dua-duanya mempunyai ruam pada anggota badan yang tertentu. Malahan, cara rawatan dan ubat untuk eczema dan psoriasis ini hampir sama kerana dua-duanya berpunca daripada alahan pada kulit.

Eczema dan psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik yang menyebabkana kulit akan menjadi merah dan kasar serta kering (scaly). Akan tetapi, penyakit psoriasis ini biasanya tebal, merah, kering dan kasar. Psoriasis diketahui melalui tompokan merah pada kulit dan dilitupi oleh lapisan putih yang lain. Manakala, penyakit eczema, yang juga dikenali sebagai dermatitis pula biasanya menyebabkan kulit menjadi kulit menjadi lembap dan agak berair.

Kedua-dua penyakit ini selalunya terdapat pada anggota kaki, tangan dan tengkuk. Psoriasis melibatkan belakang siku dan permukaan atas lutut (Extensor surfaces), manakala penyakit eczema pula terdapat pada permukaan dalam lengan dan permukaan dalam lutut di kawasan berlipat (flexor surfaces). Eczema yang kronik biasanya menyerang kawasan buku lali, berbanding psoriasis. Selain itu, kedua-dua penyakit ini boleh menyerang bahagian kulit kepala.

eczema-and-psoriasis.jpg

Psoriasis

  • Kronik, penyakit kulit berpanjangan
  • Biasa berlaku di kalangan orang dewasa
  • Penyakit keturunan dan imun secara automatik
  • Biasanya, kulit tebal dan kering

psoriasis-s1-on-the-arm.jpg

Eczema

  • Bersifat sementara
  • Biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak
  • Faktor persekitaran memburukkan eczema
  • Biasanya, kulit kemerah-merahan dan keradangan

treatment-eczema-children.jpg

Kemungkinan untuk penyakit eczema dan psoriasis ini untuk menyerang kembali penghidapnya selepas sembuh adalah tinggi. Maka, penghidap kedua penyakit ini perlu berwaspada dengan alahan yang dialami dan sentiasa mencari punca yang menyebabkan alahan tersebut. Ini penting untuk mencari penyelesaian agar ia tidak berulang atau mengurangkan risiko untuk ia berulang.

Rawatan Semulajadi Untuk Melegakan Eczema dan Psoriasis

  1. Sapu lemak sayuran (vegetable shortening) yang biasanya digunakan untuk pembuatan kek atau pastri. Bagus untuk mengurangkan ruam yang ada.
  2. Sediakan air mandian dengan campuran berikut:
    • Campuran minyak sayuran (1 cawan) kedalam air mandian untuk melegakan kulit dan kering. Bagus untuk kelembapan kulit.
    • Campuran minyak zaitun (2 sudu besar) dan susu (1 cawan) kedalam air mandian anda.
    • Juga boleh campurkan oatmeal kisar (beberapa genggam) dalam mandian anda. Bagus untuk melegakan kegatalan pada kulit.
    • Campuran garam Epsom (1-3 cawan) dalam mandian, bagus untuk kurangkan kegatalan dan sel-sel kulit mati.
    • Campuran minyak lavender (1 sudu kecil), bagus untuk memberi keselesaan, ketenangan dan penyembuhan pada kulit
  3. Boleh amalkan pengambilan satu sudu kecil kunyit setiap hari. Makan kunyit yang mempunyai bahan antioksida, bagus untuk melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  4. Sapu cuka epal pada kawasan kulit kering dan berkuping. Cuka epal bagus untuk melegakan keradangan dan kesan terbakar pada kulit. Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai untuk pesakit yang mempunyai kulit pecah atau berdarah.
  5. Sapu minyak zaitun yang suam-suam untuk melembutkan kulit yang terlalu kering dan membuang sel kulit mati. Juga boleh amalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh merawat dari dalam.
  6. Makan flaxseed. Boleh dikisar kering dan makan dengan aiskrim, jus, salad atau oatmeal. Falxseed bagus untuk menghalang keradangan dalam badan kerana sangat kaya dengan omega-3.flaxseed.jpg
  7. Sapu minyak tea tree (beberapa titik) yang dicampur dengan minyak zaitun pada bahagian kulit kering atau bersisik. Bagus untuk mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar akibat masalah kulit yang dihadapi.
  8. Sapu aloe vera yang bagus untuk anti-radang dan menyembuhkan dan melegakan kulit gatal.
  9. Sapu baking soda (1 1/2 cawan) yang dicampur ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran tersebut pada bahagian kulit yang terlibat bagi kelegaan segera.
  10. Makan minyak ikan yang mengandungi omega-3 untuk mengurangkan eczema atau psoriasis.

Rawatan Ezcema dan Psoriasis dengan Set Shaklee

Rawatan dan perhatian yang intensif dapat mengurangkan kesan penyakit dari terus menular dan menjadi kronik. Pesakit perlu menjaga pemakanan dan pemakaian secara berdisiplin, selalu bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat. Jom kita baca cara merawat eczema dan psoriasis dengan Set Shaklee:

Rawatan Eczema

Bayi Berusia Bawah 1 Tahun

  • Ibu-ibu yang menyusukan anak eczema, anda digalakkan untuk mengambil Omega Guard dan Energizing Soy Protein (ESP). Khasiat dan kebaikannya akan disalurkan melalui susu ibu kepada anak.
  • Sapu krim Herbal Bland Shaklee pada kulit bayi untuk mengurangkan rasa gatal dan pedih.
  • Vitamin E juga boleh disapu pada bahagian luka-luka pada kulit. Gunting sedikit di hujung kapsul Vitamin E dan sapu pada bahagian luka tersebut.

Kanak-kanak Berusia 1 Tahun Ke Atas

  • Omega Guard boleh diambil oleh kanak-kanak bagi mengawal dan merawat eczema, menguatkan membrane sel, mencegah radang kulit dan mengurangkan kegatalan.
  • Selain itu, Mealshakes (yang diperkaya dengan mineral dan multivitamin) juga boleh diambil bagi meningkatkan kesihatan tisu kulit dan menghilangkan parut.
  • Kombinasi Herbal Bland dan vitamin E boleh digunakan untuk emrawat luka akibat eczema.

Remaja dan Dewasa

  • ESP sangat bagus untuk membantu penghasilan sel kulit baru yang rosak akibat eczema. Ia akan menjadikan kulit lebih anjal, sihat dan gebu.
  • Manakala, Omega Guard pula berfungsi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mencegah keradangan kulit dan mengurangkan kegatalan. Ini kerana penghidap eczema mempunyai kulit yang sensitif
  • Gabungan Omega Guard dan ESP memastikan eczema tidak terus merebak dan memelihara kulit dari dalam
  • Vitamin E dan GLA Complex sangat bagus dan berjkhasiat untuk merawat kulit yang rosak serta membantu memudarkan parut dengan berkesan. Ia juga mampu meningkatkan daya tahan (sistem imunisasi) bagi melawan eczema sekaligus mempercepatkan proses pemulihan kulit
  • Krim Herbal Bland adalah krim semulajadi yang bagus untuk melegakan kegatan dan pedih akibat luka eczema.
  • Pengambilan Alfalfa Complex juga bertindak sebagai penyahtoksin adalah digalakkan bagi mempertingkatkan lagi kekuatan sistem dalam badan.

set eczema.png

Testimonial Pengguna

Testimoni 1

ekzema-anak.jpg

Testimoni 2

testimoni-eczema.jpg

Rawatan Psoriasis

Vivix membantu pesakit psoriasis kembali ceria dan sihat. Ini kerana Vivix merupakan minuman botanikal yang sangat tinggi kandungan antioksidanya. Ia membantu untuk memulihkan beberapa penyakit kritikal di peringkat sel. Apabila sel sihat, In shaa Allah badan kita pun akan sihat. Sel-sel yang rosak akan disingkirkan dan digantikan dengan sel-sel baru. Dan atas sebab inilah, pesakit psoriasis sangat digalakkan untuk mengambil Vivix sebagai alternatif untuk membantu mengawal penyakit ini.

vivix-terbaik.jpg

Testimoni 1

rawatan-terbaik-untuk-psoriasis-1.jpg

Testimoni 2

rawatan-terbaik-untuk-psoriasis-2.jpg

Sumber:

  1. www.drzubaidi.com
  2. www.bidadari.my

Jadi, tunggu apa lagi? Sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultansi berkaitan supplement yang sesuai dengan keperluan tubuh anda dan juga bajet anda semestinya.

Katakan tidak kepada supplement sintetik, pewarna tambahan dan perisa tambahan! Pilihan saya adalah yang NATURAL.

Dapatkan vitamin yang sihat, semulajadi dan berkesan untuk anda dan bayi.